• Bangunan Empat Tingkat Di Miri Terbakar

    Published: Wednesday, 24 August 2016
    A- A+

    MIRI: Sebuah bangunan empat tingkat dalam pembinaan mengalami kerosakan akibat kebakaran yang berlaku di Jalan Airport sekitar jam 11.20 pagi tadi.

    Menurut jurucakap bomba, bangunan tersebut dalam proses pembinaan dengan anggaran 60 peratus siap.

    Bertindak atas laporan diterima, sekitar jam 11.31 pagi, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bergegeas ke lokasi kejadian.

    "Kebakaran melibatkan bangunan empat tingkat jenis kekal," katanya.

    Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. -Sarawakiana.
  • No Comment to " Bangunan Empat Tingkat Di Miri Terbakar "