Bangkit Sentimen Perkauman Dan Agama Adalah Politik Yang Tewas




Sentimen perkauman dan agama seolah menjadi modal politik di Malaysia pada masa kini. Hal sedemikian menjadi 'TREND' parti dan ahli politik yang tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat majmuk negara ini.

Bermodalkan sentimen perkauman dan agama mereka ini beranggapan akan memperolehi sokongan kuat daripada penyokong walhal ia adalah satu titik permulaan untuk memecah belahkan kaum dan agama serta menimbulkan keadaan yang tidak tenteram.

Pada masa sama mereka menjangkakan mampu menumbangkan kepimpinan kerajaan apabila isu berkenaan dibangkitkan serta beroleh kejayaan untuk memerintah negara ini.

Hakikatnya mereka ini adalah parti atau ahli politik yang tewas sebelum berperang pada hakikatnya. Dengan membangkitkan sentimen tersebut sebenarnya tidak membantu mereka untuk mengecapi kejayaan malah akan menemui jalan buntu untuk menguasai politik di Malaysia.

Walau apa pun dolak dalih mereka tentang membangkitkan sentimen tersebut, yang pasti politik bawaan mereka hakikatnya politik yang sudah tewas sebelum perjuangan sebenar.

Politik yang terlalu mengharapkan perpecahan kaum dan agama berlaku serta mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh membuktikan politik ini tidak mempunyai agenda kepentingan rakyat dan lebih gemar menghancurkan keamanan demi survival politik mereka yang kian hancur.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA