Bakar Hutan : Indonesia Makin Tegas, Tahan Lebih 450 Suspek


JAKARTA: Kejadian kebakaran hutan yang mengakibatkan masalah pencemaran dan gangguan kesihatan penduduk tempatan dan negara jiran mendorong pihak berkuasa Indonesia bertindak lebih tegas tahun ini.

Setkat ini, lebih 450 suspek telah ditahan kerana disyaki melakukan pembakaran terbuka di tanah dan hutan negara itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tito Karnavian berkata, penahanan suspek kegiatan itu adalah antara langkah pencegahan yang dilaksanakan kerajaan untuk mengurangkan kadar titik panas di negara itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak fakta bahawa faktor cuaca juga turut memberi kesan dalam hal berkenaan.

"Bilangan suspek yang ditahan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.

"Ini adalah antara faktor kenapa gejala pembakaran hutan berkurangan tahun ini," katanya.

Ketua Penyiasat Indonesia, Ari Dono Sukmanto pula berkata, selain 454 suspek, sembilan individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat yang dipercayai memulakan pembakaran hutan turut ditahan.

"Semua sembilan syarikat masih disiasat," katanya.

Tahun lalu, polis Indonesia menahan 196 inividu termasuk yang mempunyai jaringan dengan 25 syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan itu.

Bagi mengelak berulangnya krisis jerebu 2015, Presiden Joko Widodo telah mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang disyaki terlibat.

Setakat ini, Malaysia dan Singapura telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan untuk membantu menangani masalah kebakaran hutan termasuk di kawasan perladangan sekitar Riau dan Kalimantan. - mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA