Badak Sumatera Di Ancam Kepupusan Kritikal


KUCHING: Hanya terdapat tiga ekor Badak Sumatera yang masih ada di Malaysia dan ia menghadapi kepupusan yang kritikal serta perlu ditangani segera.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, Badak Sumatera hanya terdapat di Malaysia dan Indonesi sahaja dan tidak terdapat di negara lain di dunia.

"Kepupusan badak ini begitu kritikal dan alternatif baru perlu diambil untuk mengawal haiwan berkenaan daripada terus pupus.

"Perdana Menteri dan saya telah berbincang dengan pihak Indonesia untuk memperkenalkan teknologi baru bagi menyuburkan haiwan tersebut agar bilangan anak-anak badak akan bertambah bagi mengelak kepupusan yang semakin kritikal," katanya selesai mempengerusikan Taklimat Cadangan Pembinaan Bina Baru di Parlimen Santubong di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Jalan Kulas di sini pagi tadi.

Wan Junaidi turut menjelaskan bahawa tinggal setahun lebih lagi masa untuk badak tersebut mengandung dan perbincangan bersama Menteri Alam Sekitar Indonesia meminta kerjasama untuk membawa badak di Indonesia ke Malaysia sebagai penyumbang benih kepada badak di negara ini. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA