Atlit Angkat Berat Sarawak Perbaharui Rekod





KOTA SAMARAHAN : Dalam acara angkat berat Sukan Paralimpiad Malaysia ke-18 menyaksikan Sarawak telah merangkul pingat emas di Dewan Jubli UiTM Samarahan sebentar tadi.

Pingat emas Sarawak telah dirangkul Endi Bak dengan angkatan 107 kilogram sekaligus memecah rekod paralimpiad dan kebangsaan dalam kategori 54 kilogram.

Pingat perak dirangkul oleh Mohd Azmi dari Kedah dengan angkatan 77 kilogram. Hanya dua peserta yang layak mendapat pingat.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Haji Abg Shamsuddin Haji Seruji Pegarah Jabatan Kebajikan Masyatakat Negeri Sarawak.

Sebelum itu acara penyampaian pingat bagi kategori 49 kilogram telah berlangsung terlebih dahulu menyaksikan Syed Omar (Kuala Lumpur) telah merangkul pingat emas dengan angkatan 80 kilogram.

Pingat perak pula dimenangi oleh Muhammad Omar (Melaka) dengan angkatan 73 kilogram manakala atlet dari Selangor Mohammad Hillary berjaya merangkul gangsa dengan angkatan 50 kilogram.

Upacara penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Mohd Nadri Zakaria Pegawai Sukan Powerlifting Majlis Sukan Negara. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA