Atlet Menangis Kerana 'Diboo'


ATLET lompat galah Perancis dan juga pemegang rekod dunia, Renaud Lavillenie menangis di atas podium selepas menerima pingat gangsa akibat 'diboo' oleh penyokong atlet Brazil malam Selasa.

Lavillenie sebelum itu juga 'diboo' oleh penyokong atlet Brazil ketika beraksi.

Telegraph melaporkan penyokong atlet Brazil bertindak biadab dan tidak menghormati atlet negara lain yang bertanding di Olimpik.

Kejadian tersebut mendapat liputan meluas dan beberapa atlet dan bekas atlet dari negara lain mengecam tindakan penyokong Brazil yang disifatkan sangat melampau.

"Mereka (penyokong Brazil) sudah menyaksikan Sukan Olimpik sebelum ini, mereka harus tahu bukan itu caranya untuk melayan pemegang rekod dunia," kata atlet gimnastik yang sudah bersara dari Britain, Gabby Logan.

"Mereka (penyokong Brazil) macam tidak berapa bijak," kata Denise Lewis, atlet olahraga juga dari Britain.

"Ia sangat tidak patut. Sangat malu dengan penyokong Brazil malam ini (malam tadi). Sokonglah penyokong anda macam mana pun tetapi jangan sesekali tidak menghormati atlet negara lain," kata atlet olahraga Britain, Paula Radcliffe.

Kejadian berkenaan juga menarik kecaman meluas dari warga maya terutamanya pelayar di laman Twitter, Facebook dan Youtube yang mengikuti perkembangan Sukan Olimpik di Rio, brazil tahun ini. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA