• Atlet Johor Menangi Pingat Emas Acara Rejam Lembing

    Published: Monday, 8 August 2016
    A- A+

    KUCHING: Atlet Johor Hemala Devi Eni Kutty memenangi pingat emas dalam acara akhir merejam lembing 600 meter kelas F12 Sukan Paralimpiad XVIII Malaysia 2016 di Stadium Sarawak, pagi tadi.

    Gadis berusia 26 tahun itu melakukan lontaran sejauh 21.33 meter bagi membolehkannya menjuarai acara tersebut.

    Noor Kalsum Fadil dan Dlanny Bagu dari kontinjen Sarawak masing-masing menduduki kedudukan kedua(perak) dan ketiga(gangsa) dengan catatan lontaran 11.17 meter manakala Dlanny Bagu dengan catatan lontaran 11.10 meter.- Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Atlet Johor Menangi Pingat Emas Acara Rejam Lembing "