Atlet China lamar kekasih di Olimpik


RIO DE JANEIRO - Sukan Olimpik Rio 2016 pada tahun ini akan menjadi ingatan manis buat penerjun China, He Zi apabila dia dilamar oleh teman lelakinya, Qin Xai di hadapan penonton pada kejohanan tersebut.

Sebelum dilamar oleh kekasihnya itu, He Zi berjaya memenangi pingat perak bagi acara tiga meter papan anjal wanita sukan.

Selain itu, Qin Xai juga turut memenangi pingat gangsa dalam acara tiga meter papan anjal lelaki seirama pada minggu lalu.

“Kami telah bercinta selama enam tahun tapi saya tidak menyangka dia akan melamar saya pada temasya ini.

“Dia telah berjanji banyak perkara tapi apa yang penting adalah dia merupakan lelaki yang boleh dipercayai untuk sepanjang hidup saya,”kata He Zin.

He Zi menerima lamaran kekasihnya itu dan menjadikannya sukan Olimpik kali ini merupakan detik-detik manis buat pasangan tersebut. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA