Artis Iban Ceburi Perniagaan



KUCHING : Artis masa kini sudah tidak asing lagi apabila memilih perniagaan sebagai karier seterusnya termasuk artis Iban di Sarawak.

Penyanyi Iban Sofeena Sungking yang popular dengan lagu 'Ayak Sigat' tidak terkecuali dan memilih perniagaan sebagai sumber pendapatan kedua selain daripada menyanyi menyatakan beliau berjinak dalam  perniagaan kerana berminat sejak dari dahulu lagi.

"Kedua ibu bapa saya adalah peniaga kecil-kecilan dan kami membesar hasil daripada perniagaan mereka.

"Oleh itu saya berminat untuk berniaga memandangkan berniaga adalah satu platform yang boleh menjana pendapatan tanpa had," katanya yang sudah membuka sebuah kafe iaitu Tegalan Cafe.

Menurut beliau, Tegalan Cafe hasil kerjasama bersama Shera sudah beroperasi di MJC Batu Kawa dan setakat ini sambutan daripada orang ramai begitu menggalakkan.

"Walaupun sudah menceburi bidang perniagaan, saya tetap terus menyanyi kerana dunia hiburan telah menapakkan nama saya terlebih awal dan hasilnya saya mampu membuka sebuah kafe.

"Mungkin saya kurangkan sedikit aktiviti nyanyian memandangkan saya harus memfokuskan perniagaan ini terlebih dahulu," ujarnya.

Sofeena turut melihat situasi masa kini ramai artis menceburi perniagaan dan berharap usaha tersebut akan terus melangkah lebih jauh sertai menemui kejayaan.

Namun beliau melihat dunia hiburan Iban menampakkan kemajuan selari dengan dunia perniagaan dan terus berkembang dari masa ke semasa.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA