Aplikasi Webe Mampu Rangsang Ekonomi - Salleh


KUALA LUMPUR - Webe iaitu perkhidmatan mudah alih digital Kumpulan TM dilancarkan sebagai sebahagian inisiatif kerajaan bagi menarik perniagaan dan usahawan dalam talian untuk merangsang ekonomi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, kementeriannya telah melabur dengan banyak untuk kelancaran gaya hidup digital dengan memanfaatkan digital.

Antara lain, katanya, pelbagai inisiatif kementerian adalah untuk membina platform digital yang betul dan membangunkan kandungan dan peralatan digital menerusi geran kepada pihak yang membangunkannya.

"Dengan rakyat Malaysia semakin bergantung pada telefon pintar dalam kehidupan mereka, satu ekosistem telekomunikasi mudah alih yang lebih canggih menjadi semakin penting," katanya ketika melancarkan perkhidmatan mudah alih digital, Webe di sini hari ini.

Beliau memuji usaha Kumpulan TM menaik taraf rangkaian 4G Long-Term Evolution LTE () yang ditawarkan menerusi Webe.

Sementara itu, Salleh berkata, orang ramai memerlukan lebih banyak data dan susulan trafik data kian meningakat, cabarannya adalah untuk memenuhi permintaan bagi data.

Beliau berkata, data perlu dikenakan bayaran yang adil, sebab itu beliau gembira apabila Webe menawarkan "pengalaman bebas kebimbangan" bagi perkhidmatannya itu, memberikan akses yang mampu untuk rakyat Malaysia.

Daripada perspektif pembinaan negara bangsa, Salleh berkata, Webe sedar akan kuasa dan potensi orang ramai untuk saling bekerjasama menerusi projek-projek komuniti Webe mereka.

Katanya, menerusi platform digital baharu berasaskan sokongan orang ramai ini, rakyat Malaysia dapat menggunakan kemudahan dalam talian dan membantu usaha meliputi pendidikan hingga kesihatan, malah membantu memperbaiki kehidupan kalangan kurang bernasib baik.

"Inisiatif ini menerusi Webe sebagai platform komuniti adalah bukti kuasa dalam menghubungkan orang ramai dan mewujudkan masyarakat bermaklumat untuk melakukan perkara baik," kata Salleh. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA