Anjur Lebih Banyak Program Komuniti Untuk Galak Anak Muda Terlibat



KOTA SAMARAHAN : Penganjuran lebih banyak program komuniti antara pendekatan terbaik untuk melahirkan masyarakat prihatin terutama di kalangan generasi muda, kata Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Beliau berkata, penglibatan golongan muda dalam program komuniti perlu ditingkatkan untuk memastikan perasaan kasih sayang di kalangan mereka,

"Sikap saling membantu dalam diri anak muda perlu dipupuk agar mereka mempunyai rasa tanggungjawab.

"Anak muda juga perlu lebih kreatif dalam komuniti selain mempunyai idea baharu dan bernas untuk membantu masyarakat," katanya berucap merasmikan Hari Komuniti Kursus Pegawai Perantara 2016 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Rumah Seri Kenangan hari ini.

Rubiah berkata, program yang diadakan di Rumah Seri Kenangan adalah salah satu langkah untuk menceriakan penghuni dan pada masa sama menggalakkan anak muda terlibat dengan program komuniti. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA