Anak bekas menteri kewangan diisytihar muflis

Md Wira Dani, anak lelaki kepada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis di Singapura selepas gagal membayar hutang kepada Maybank Kim Eng Securities.

Menurut laporan akhbar di Singapura, The Straits Times, Md Wira gagal membayar hutang berjumlah S$1.65 juta.

Maybank mendapat perintah mahkamah terhadap Wira pada Mac, apabila dia diminta membayar hutang S$2.459 juta.

Wira dikatakan meminjam sejumlah pegangan dalam LionGold Corp. Beliau pernah menjadi pengarah bukan eksekutif di syarikat itu. Dia pada mulanya setuju untuk membuat bayaran ansuran tetapi hanya melangsaikan S$100,000 setakat Ogos 2014.

Susulan arahan mahkamah, bank itu bersetuju dengan tawaran dibuat peguam Wira untuk membayar balik S$1 juta dalam dua transaksi antara April hingga Jun tahun ini.

Maybank bagaimanapun hanya menerima S$835,950, yang membawa kepada pengisytiharan bankrap itu.

Kenyataan difailkan dengan Singapore Exchange menyebut Wira meletakkan jawatan di LionGold untuk menyelesaikan hal peribadi susulan arahan muflis itu.

Beliau dikehendaki berbuat demikian dalam tempoh 30 hari.

The Straits Times juga melaporkan bahawa dokumen-dokumen menunjukkan Wira mempunyai harta tanah di Singapura. - BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA