Alat Muzik Dan Kostum Iban Di Balai Ringin



Pekan Balai Ringin yang terletak antara Kuching dan Sri Aman mempunyai sebuah kedai menjual alat muzik dan kostum kaum Iban yang boleh dijadikan buah tangan.

Kedai milik Ibak beroperasi yang sejak setahun lepas di Balai Ringin menyediakan pelbagai alat muzik Iban dan kostum kaum Iban yang sering digunakan bagi menyambut tetamu pada musim perayaan atau majlis kebesaran.

Engkrumung
Engkrumung mempunyai sembilan nada yang menjadi alat muzik yang meningkah sebuah lagu.

Tawak
Tawak alat muzik yang menambah seri dalam pukulan muzik tradisional Iban.

Bendai
Bendai pengiring muzik tradisional iban yang bertindak mengharmonikan alunan muzik tersebut.

Gong
Gong bertindak sebagai bass muzik tradisional Iban.

Gendang Besai
Gendang besai alat yang dipalu untuk mencipta nada muzik.

Gendang mit
Gendang mit merancakkan lagi irama tradisional Iban

Tidak lengkap dengan alat muzik, kostum yang dipakai oleh penari atau penyambut tetamu juga mempunyai nama tersendiri.

Kumbu laki
Kumbu laki sering digunakan untuk majlis menyambut tetamu dan upacara pesta bagi masyarakat Iban.

Kain Tating
Kain Tating pula pakaian tradisional Iban yang dipakai oleh kaum wanita Iban untuk menyambut tetamu seperti pembesar dan sebagainya upacara besar masyarakat Iban.

Marik ampang indu
Marik ampang indu sering diguna oleh wanita atau gadis Iban untuk menyambut tetamu atau pertandingan kumang yang diadakan pada pesta Gawai Dayak di Sarawak. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA