Akses Jalan Raya, Sarawak Perlukan RM24 Bilion


KUCHING:  Sarawak memerlukan RM24 bilion untuk menghubungkan seluruh Sarawak dengan akses jalan raya, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Beliau berkata, sistem perhubungan di negeri ini masih mempunyai banyak kekurangan dan memerlukan perhatian segera.

"Dalam tempoh 15 tahun akan datang, sebanyak RM25 bilion diperlukan untuk menghubungkan seluruh negeri dengan akses jalan raya dalam tempoh 15 tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Infrastuktur Bank Pembangunan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata, kementeriannya berdepan masalah untuk mencari sumber kewangan kerana kos untuk pembinaan jalan raya agak tinggi.

Sehubungan itu, Masing menjelaskan, kerajaan negeri memerlukan pelabur asing dan domestik untuk menanam modal di negeri ini sekaligus membantu membangunkan infrastruktur di Sarawak. -Sarawakiana.







No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA