Akhirnya Impian Warga Matu Akan Terlaksana


foto KLXpress
Di sini saya berasa bersyukur yang tidak terhingga apabila Matu akan mengalami perubahan yang ketara bila pembangunan untuk pembangunan Matu akan dilaksanakan.

Saya merasa berbangga kerana saya sendiri berasal dari Matu yang telah sekian lama melihat tiada perkembangan pembangunan yang berlaku walaupun jalanraya sudah di anggap baik.

Malangnya Matu terpisah oleh sungai untuk menghubungi bandar dan melembabkan sosio ekonomi penduduk. Namun dengan kelulusan pelbagai projek pembangunan telah memberi cahaya harapan yang begitu cerah dan sudah pasti penduduk Matu akan dapat menikmati peningkatan taraf hidup.

Lulusnya projek pembinaan jambatan Igan begitu besar nikmatnya buat warga Matu. Tambah lagi perancangan bandar baru Matu yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari menguatkan lagi hasrat penduduk Matu untuk menikmati segala faedah daripada pembangunan tersebut.

Yang pasti kelulusan pembinaan Masjid Matu yang berjumlah RM5 juta akan membangkitkan lagi anjakan pembangunan berkenaan Islam dan syiar Islam akan lebih meluas di Matu.

Justeru warga Matu cukup bersedia untuk menempuhi segala cabaran sosio ekonomi apabila segala projek berkenaan siap. Penduduk Matu memang terkenal dalam perniagaan, berkebun, nelayan dan sebagainya. Dengan siapnya projek tersebut akan lebih berperanan memacu kemajuan ekonomi negeri Sarawak di masa hadapan.

Kiriman,
Abdull Rahman
Kampung Bawang Matu

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA