Air Beg 'Zip Lock' Cetus Fenomena Baharu


KUCHING: Minuman dalam beg ‘zip lock’ kini mencetuskan fenomena baharu di bandar raya ini terutama dengan peningkatan bilangan usahawan muda mengusahakannya.

Rata-rata usahawan muda memberikan nama sendiri produk minuman masing-masing sebagai antara kaedah pemasaran.

‘Stoodddd’ antara produk minuman yang menjadi bualan ramai terutama di media sosial sekaligus mendapat sambutan amat menggalakkan.




Menurut, Rosmaini Jemaan, 40, yang telah menjalankan perniagaan tersebut sejak enam  bulan lepas, ‘Stoodddd’ kini mempunyai kios tersendiri.

“Oleh kerana sambutan yang begitu menggalakan daripada pelanggan, kami membuat keputusan membuka kios dan mencari lokasi yang sesuai untuk berniaga,” katanya.

Rosmaini berkata, mula-mula perniagaan produk minuman itu dijalankan di rumah namun disebabkan beberapa kekangan maka diusahakan tidak berapa jauh dari kediamannya.

“Pelanggan sehingga berbaris panjang untuk membeli produk minuman kami,” ujarnya.



Rosmaini menawarkan harga RM5 untuk semua perisa minuman menggunakan bag ‘zip lock’, manakala RM4 untuk minuman menggunakan botol.

Sarawakiana dimaklumkan tumpuan pelanggan ialah perisa Vanilla, Chocolate dan Kopi Susu.

Dengan bantuan adik dan ahli keluarga, Rosmaini berkata, produk minuman jualan mereka mempunyai 11 perisa minuman iaitu Chocolate, Chocolate Latte, Latte, Vanilla, Choicolate Vanilla, Green Tea, Grean Tea Vanillah, Green Tea Latte, Kopi Susu, Kopi O dan Coco.



Membawa maksud ‘sedap’ produk Stooddd kini mempunya dua cawangan iaitu di Jalan Astana,dan Suria Kota Kinabalu (KK), Sabah.

“Produk kami bakal beroperasi di dua cawangan baru iaitu di Lundu dan Univeristi Malaysia Sabah, KK dan ia menjadikan produk kami kini ada di empat cawangan,” tambahnya.

Apa yang menarik, Rosmaini berkata baju produk tersebut turut di jual dengan harga RM30.

Kios Air Stooddd beroperasi pada jam 10 pagi sehingga jam 12.30 malam.

Beliau berharap agar penggemar air stooddd, akan berpuas hati dengan perkhidmatan dan perisa yang di jual serta memperbanyakan munuman tersebut dari masa ke semasa.

Bagi yang mendambakan minuman tersebut, bolehlah berkunjung ke lokasi RPR Fasa 2 Kampung Tunku Jalan Astana, Petra Jaya. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA