Ahli Perniagaan Berpangkat Datuk Direman Isu Pembalakan


PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk direman lima hari bermula hari ini, bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berkaitan rasuah membabitkan lebih RM500,000 bagi pembalakan di Pantai Timur.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengarahkan perintah reman ke atas lelaki berusia 64 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini sehingga 27 Ogos ini.

Jurucakap SPRM berkata, suspek ditahan di rumahnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang semalam.

"Dia dipercayai menerima rasuah itu daripada seorang kontraktor bagi mendapatkan kontrak membawa keluar kayu balak. Tiada rampasan dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009," katanya. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA