Adakah PRIBUMI Hanya Popular Di Media Massa?

Carta pai akhbar sinar harian


Kehebatan PRIBUMI yang mendapat populariti memang terlalu gah dan hebat seperti yang dinyatakan oleh akhbar Sinar Harian.

Malah memberi kepastian kononnya akan menjadi pilihan paling popular pada PRU-14 akan datang, sungguh hebat penilaian tentang populariti parti berkenaan melalui media massa.

Meskipun masih terlalu muda, namun sudah ada akhbar yang membuat analisis untuk mengukur sejauhmana populariti parti itu dalam arena politik negara,  yang dikatakan bakal menggugat kerajaan pemerintah hari ini.

PRIBUMI memang mengharap populariti sebegini akan menjadi panduan perjalanan parti dan tidak melihat kepada pilihan sebenar rakyat pada pilihanraya.

Jika PRU-14 dinilai melalui populariti sudah pasti PRIBUMI dijangka menang tetapi Malaysia mengamalkan piliharaya 'Elektoral' yang lebih mendekati keadilan kualitatif.

Adakah PRIBUMI akan menjadi pilihan rakyat pada pilihanraya-14 atau hanya sekadar popular di media masa yang hakikatnya akan tersungkur melalui proses pengundian 'Elektoral'?. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA