• Adakah Anda Akan Bangkit ?

    Published: Tuesday, 30 August 2016
    A- A+


    Sifat manusia memang tidak pernah sempurna dalam kehidupan. Tiada manusia yang sempurna seratus peratus memandangkan setiap manusia di atas muka bumi mempunyai kekurangan dan kelemahan.

    Bukan semua manusia akan menerima nasib yang baik dan berjaya dengan sekelip mata. Ada dikalangannya kurang bernasib baik apabila sukar untuk berjaya seperti yang diimpikan. Adakah mereka ini akan terus berusaha atau menyerah kalah sebelum tempohnya ?

    Untuk mengecapi impian kejayaan, jangan jadikan kelemahan sebagai penghalang untuk mencapai impian. Jadikan kelemahan itu satu kekuatan untuk bangkit dan terus bangkit andai jatuh berkali-kali.

    Mari kita saksikan video yang penuh pengajaran dan menimbulkan sedikit kesedaran kepada kita agar menjadi ikhtibar untuk kita menempuhi liku-liku kehidupan untuk bangkit berjaya.-Sarawakiana

    video

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah Anda Akan Bangkit ? "