Aceh Sebat Tiga Pasangan Berkelakuan Tidak Senonoh



BANDA ACEH: Seorang wanita pengsan selepas disebat di khalayak ramai semalam selepas didapati bersalah berkelakuan tidak sopan bersama kekasihnya di sini.

Wanita berusia 21 tahun itu bersama pasangannya berusia 24 tahun dihukum sebat sebanyak 20 kali di perkarangan Masjid Al Furqan di Beurawe Banda Aceh.

Selepas hukuman dijalankan wanita itu dilihat pengsan dan terpaksa dipapah petugas wanita ke dalam masjid.

Dua lagi pasangan turut dihukum sebat kerana kesalahan sama.

Lima lelaki juga dihukum sebat sebanyak lima kali selepas mengaku bersalah atas tuduhan berjudi.

“Semua pesalah ini ditangkap melakukan kesalahan di beberapa lokasi di Banda Aceh dan dihukum sebat selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Banda Aceh,” kata jurucakap pihak berkuasa, Yusnardi.

Menurut media tempatan, sebahagian pesalah bukan penduduk Banda Aceh, tetapi dihukum selepas melanggar undang-undang Syariah bandar itu.

Aceh menguatkuasakan undang-undang Syariah selepas diberi kuasa autonomi oleh Jakarta, sekali gus menamatkan pemberontakan menuntut pemisahan di wilayah itu. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA