80 Rangka Manusia Ditemukan Dengan Tangan Terikat

ATHENS – GREECE. Para arkeologi untuk pertama kalinya, menemui 80 kerangka manusia dengan pergelengan tangan yang diikat dengan besi,dan dikuburkan secara bersama di Tanah Perkuburan Yunani kuno.

Memetik laporan Reuters, pasukan arkeologi itu menyatakan bahawa kerangka manusia tersebut mungkin berasal dari tahun 632 Sebelum Masehi (SM), dan berkemungkinan merupakan korban yang dihukum secara besar-besaran.

Tapi siapa mereka, bagaimana mereka sampai di sana, dan mengapa mereka dikuburkan dalam satu lubang, masih tetap menjadi misteri.

Kerangka tersebut ditemukan awal tahun ini, di kompleks perkuburan Falyron Delta, sebuah perkuburan kuno yang besar, ia digali untuk tujuan pembangunan rumah opera nasional dan perpustakaan.

“Mereka telah hukum mati, semua dengan cara yang sama. Tapi mereka telah dikuburkan secara terhormat,” kata ketua penggali, Dr Stella Chryssoulaki.

“Tangan mereka semua diikat dengan besi, dan kebanyakan daripada mereka berusia sangat muda, serta dalam keadaan kesihatan yang sangat baik ketika mereka dihukum,” tambah Chryssoulaki.

Para ahli berharap hasil penelitian terhadap DNA kerangka manusia ditemui itu, yang akan dilakukan oleh ahli arkeologi akan mengungkap misteri tersebut.

Di jangkakan terdapat 1,500 mayat berada di seluruh kompleks perkuburan tersebut.-SH.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA