600 anggota polis bersenjata kawal London


LONDON: Pasukan polis London akan mengerahkan tambahan 600 pegawai bersenjata di seluruh ibu negara untuk melindunginya daripada ancaman serangan, kata pihak berkuasa hari ini.

Tahap ancaman di London kekal pada tahap "teruk" dan pertambahan itu adalah tindak balas jangka panjang kepada beberapa siri serangan maut di negara-negara Eropah.

"Sesiapa yang mengikuti peristiwa di Eropah sejak beberapa minggu lalu akan faham mengapa kami menunjukkan kesungguhan untuk melindungi orang awam," kata Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Bernard Hogan-Howe dalam satu kenyataan.

Selaras dengan kaedah kepolisan British, majoriti pegawai polis London tidak membawa senjata api.

"Realitinya untuk berdepan dengan penyerang bersenjata dan berbahaya anda perlukan pegawai polis bersenjata yang akan menggunakan kekerasan untuk menghentikan penyerang.

Orang ramai akan melihat pertambahan pegawai bersenjata itu di mana polis akan berkawal di seluruh London sama ada berjalan kaki mahupun berkenderaan.

London pernah diserang pada 7 Julai 2005, apabila empat pelampau Islam yang menyasarkan tiga kereta api bawah tanah dan satu bas, membunuh 52 orang.

Sejak itu, banyak plot berjaya digagalkan selain serangan berskala kecil, seperti pembunuhan seorang askar yang tidak bertugas dekat selatan London oleh dua pelampau pada Mei 2013. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA