34 Kenderaan Sertai Konvoi Merdeka Bahagian Kuching 2016


KUCHING: Konvoi Merdeka Bahagian Kuching 2016 akan bermula 27 Ogos di perkarangan Bangunan Baitulmakmur.

Dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, konvoi disertai 34 kenderaan yang melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan negeri.

Menurut Timbalan Residen Kuching, Awang Yusup Awang Mostapha berkata, laluan konvoi tersebut merangkumi Kuching, Bau dan Lundu selain dua daerah kecil iaitu Padawan serta Sematan.

"Konvoi bermula bergerak 8 pagi menuju ke Empangan Bengoh sebelum ke Tasik Biru, Lundu, Sematan dan kemudian berpatah balik ke Kuching," katanya.

Yusup menjelaskan, konvoi diadakan antara lain bertujuan untuk menerokai alam semulajadi dengan berkonsepkan pendidikan.

"Ini adalah kali pertama konvoi diadakan," ujarnya. Sarawakiana.





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA