200 Peserta Bakal Serta ICE 2016 Di Miri



KUCHING: Seramai 200 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai Persidangan Pendidikan Antarabangsa 2016 (ICE 2016) di Hotel Meritz, Miri bermula 18 hingga 19 Oktober tahun ini.

Dengan bertemakan Memperluaskan Pendidikan Berkualti : Pemikiran Berintegrasi Dalam Kelas, persidangan itu diadakan antara lain bertujuan menyediakan peluang memperluas platform perkongsian pendidikan untuk golongan pendidik terutama di Miri.

Penaung Persatuan Pembangunan Profesionalisme Dalam Pendidikan Sarawak (Profes) Datuk Fatimah Abdullah berkata, aspek yang turut diberi perhatian adalah untuk menjadi ruang perkongsian pintar bersama sektor korporat terutama meningkatkan kualiti pendidikan.

"Golongan pendidik masa kini perlu menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi termasuk melibatkan pelajar masing-masing.

"Usaha ini penting kerana keadaan dunia serba canggih dan ia menuntut setiap daripada pendidik perlu lebih bersedia," katanya yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Komuniti.

Persidangan kali ketiga di Miri itu akan menampilkan tiga penceramah yang terdiri daripada Profesor Madya Dr Lee Kean Wah, Profesor Madya Dr Tan Choon Keong dan Datu Dr Adi Badiozaman Tuah. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA