1MDB Tidak Pernah Tawar Sebarang Pinjaman


KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak pernah menawarkan pinjaman perniagaan atau melantik mana-mana pihak untuk memungut bayaran atau bayaran caj bagi memproses sebarang permohonan berkaitan syarikat itu.

Menurut kenyataan 1MDB hari ini, pihaknya dimaklumkan bahawa wujud individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai 1MDB untuk menawarkan pinjaman perniagaan dan memungut bayaran proses.

Satu laporan polis telah dibuat berkaitan perkara berkenaan, menurut 1MDB.

"Kami memohon sesiapa yang didatangi berhubung perkara itu supaya membuat laporan polis dengan segera," menurut 1MDB. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA