Warga Emas Hilang Ketika Menangkap Ikan



SARATOK: Seorang warga emas yang menangkap ikan di Kampung Sessang, Roban dipercayai hilang sekitar jam 1.30 tengahari Isnin lepas.

Jurucakap bomba berkata, mangsa, Suhaili Ladi,62, dikhabarkan keluar dari rumah untuk menangkap ikan di kawasan sungai berhampiran.

"Setibanya di lokasi, anggota bomba hanya mengambil maklumat tentang mangsa dan lokasi yang dikatakan hilang.

"Anggota bomba bertindak membuat pencarian di tebingan sahaja kerana penglihatan malam agak terhad dan operasi ditangguhkan sekitar jam 12.02 tengah malam (26 Julai)," katanya.

Selepas menerima panggilan sekitar jam 10.15 malam Isnin lepas, seramai lima orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi mencari mangsa diteruskan pada jam 7 pagi hari ini. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA