Tunku Tun Aminah Dilantik Sebagai Presiden Johor DT


PUTERI Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Pelantikan tersebut dibuat sendiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab itu.


Pengumuman pelantikan terbaharu itu dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook rasmi Johor Southern Tigers, pada Rabu.

“YAM Tunku Aminah Binti Sultan Ibrahim dilantik oleh DYAM Brigedier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim,” tulis satu kenyataan menerusi laman sosial itu.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor susulan peletakan jawatan Tunku Ismail pada 12 Julai 2015. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA