Trump 'galak Russia godam e-mel Clinton'

CLEVELAND: Donald Trump 'secara aktif menggalakkan' kuasa asing untuk menggodam e-mel pesaingnya Hillary Clinton, kata kem bekas setiausaha negara AS itu.

Clinton tidak menyerahkan lebih 30,000 e-mel berkenaan sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan ke atas pelayan e-mel peribadinya kerana mengandungi butir-butir peribadi.

"Russia, jika anda sedang mendengar, saya berharap anda dapat mencari 30,000 e-mel yang hilang itu," kata Trump semalam. 

"Saya rasa anda akan diberi ganjaran setimpal oleh akhbar kami."

Katanya, e-mel itu mungkin mengandungi sesuatu yang mengejutkan. Beliau turut menulis di Twitter, jika sesiapa berjaya memperoleh e-mel berkenaan, mereka perlu menyerahkannya kepada FBI.

Gesaan itu dibuat selepas Russia dituduh menggodam e-mel Jawatankuasa Demokratik Kebangsaan (DNC) untuk manfaat Trump. 

Kedua-dua Russia dan Trump menafikan dakwaan itu. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA