Terpisah Sejak 11 Tahun Lalu Gadis Usaha Jejak Ayah


SEORANG gadis yang telah terpisah dengan ayahnya sejak 11 tahun lalu kini berusaha untuk menjejaki semula ayahnya.

Zaiminah Zaidi, 29 yang berasal dari Sri Aman berkata, hampir 11 tahun tidak menjumpai ayahnya sejak berusia 18 tahun lalu dan  berharap akan berjumpa semula dengan ayahnya kerana  bakal melangsungkan perkahwinannya Disember  nanti.

Menurutnya, dia sebolehnya mahu bapa kandungnya, Zaidi Abdullah@ Ha King Kong atau lebih dikenali sebagai Ah Kong yang berusia dalam lingkungan 51 tahun berasal dari Sibu berjumpa dengannya sekaligus menjadi wali untuk majlis akad nikahnya pada 24 Disember ini.

“Kali terakhir saya berjumpa ayah ketika berusia lapan belas tahun di Sri Aman dan selepas itu dia pergi tiada sebarang khabar berita sehingga kini,” katanya ketika menghubungi Sarawakiana sebentar tadi.

Zaiminah yang sehingga kini masih tidak mengenali wajah sebenar ayahnya dan hanya dapat melihat menerusi gambar lama dalam simpanan dirinya.

Sekiranya orang ramai mengenali dan mempunyai maklumat mengenai bapanya seperti yang disiarkan, boleh menghubungi Zaiminah sendiri di talian 011-23845186.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA