Susu Lipas Lebih Berkhasiat Daripada Susu Lembu?


Susu lipas? Mungkin kedengaran sangat aneh dan menjijikkan, kerana lipas sering dikaitkan dengan haiwan yang pengotor dan mendiami persekitaran yang kotor.

Tahukah anda menurut satu kajian yang dijalankan di India, susu lipas dikatakan jauh lebih berkhasiat berbanding susu lembu.

Menurut sebuah laman Science Alert, pakar-pakar dari Institut Biologi ‘Stem Cell’ dan Perubatan Jana Semula menemui fakta bahawa lipas dewasa menghasilkan sejenis cairan yang berkhasiat.

Bagaimanapun, menurut laman itu, tidak semua lipas menghasilkan cecair tersebut dan hanya lipas dari jenis Diploptera Punctata sahaja yang mampu menghasilkan cecair itu untuk dijadikan makanan bagai larvanya.

Jelas pakar itu, cecair tersebut mengandungi gizi empat kali lebih baik daripada susu lembu dan juga sejenis kristal protein yang dipercayai boleh menjadi kunci kepada pertumbuhan manusia pada masa akan datang.

“Kristal ini seperti makanan lengkap. Mengandung protein, lemak, gula dan jika anda melihat ke dalam urutan proteinnya, (kristal ini) memiliki semua asid amino penting,” kata salah seorang anggota pasukan pakar kepada Times of India, Sanchari Banerjee.

“Kristal ini sangat stabil. Dapat menjadi tambahan protein yang begitu baik,” kata seorang lagi anggota, Ramaswamy.

Selain kaya dengan gizi yang seimbang, susu lipas itu turut mengandungi bahan-bahan alami yang boleh membantu melancarkan proses pencernaan.

Meski banyak khasiat yang mampu diperolehi daripada lipas itu, namun kekangan yang dihadapi oleh pakar-pakar ini adalah bagaimana untuk mendapatkan dalam kuantiti yang banyak.

Siapa tahu pada masa akan datang, susu lipas lemak berkrim bakal menjadi pilihan anda? Erkkkk….-MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA