Stor Kondominium Di Jalan Lapangan Terbang Terbakar


KUCHING: Stor sebuah kondominium di Jalan Lapangan Terbang terbakar dalam insiden yang berlaku malam tadi.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 9.15 malam.

Bomba yang menerima panggilan selang beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Punca kebakaran masih disiasat. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA