Stadium Tertutup Samarahan Venue Sukan Silat Yang Sesuai



SUKMA ke-18 Sarawak menyaksikan pelbagai acara sukan yang harus diikuti oleh peminat sukan seluruh Malaysia. Sarawak turut menyediakan venue sukan yang begitu lengkap dengan kelengkapan sukan yang moden.

Namun kali ini penulis ingin mengulas berkenaan venue sukan yang sesuai dan bertepatan dari segi logistiknya. Setiap sukan memerlukan lokasi dan persekitaran yang sesuai agar para atlit yang bertanding mudah menyesuaikan diri dan selesa dengan persekitarannya.



Seperti apa yang dilihat oleh penulis, Stadium Tertutup Kota Samarahan kali ini memang tepat dijadikan sebagai venue sukan silat olahraga. Kedudukannya yang berada dipinggir sebuah bandar begitu mesra dengan atlit silat yang memerlukan fokus yang tinggi.

Pesilat memang berasa tenang apabila kedudukan venua terhindar dari hiruk pikok kesibukan kota. Memudahkan pesilat berlatih langkah-langkah silat tanpa merasa terganggu oleh kebingitan kenderaan dan sebagainya.

Pada masa sama para pesilat lebih mudah bermesra dengan pesilat dari negara lain kerana bentuk struktur pembinaan stadium berkenaan memudah peserta berkenalan antara satu lain.



Masa pertandingan berlangsung memudahkan penonton melihat dengan jelas dari setiap sudut. Ruang tempat pertandingan luas dan ia juga mempunyai ruang yang luas untuk persilat berlatih baik dari tingkat atas atau bawah stadium.

Bagi penulis, memang pemilihan venue sukan silat olahraga di SUKMA Sarawak kali ini begitu tepat sekali. Di samping itu ia berhampiran dengan kampung melayu dan memudahkan penonton yang berhampiran menyaksikan pertandingan silat dan berpotensi untuk menarik penonton yang ramai ke stadium.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA