Siasat seleweng 1MDB: SPRM jalin kerjasama dengan FBI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan yang badan tersebut telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung laporan Jawatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pengubahan wang haram 1MDB.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, kerjasama itu adalah kerana kedua-dua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini.

“Berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, turut dijelaskan kerjasama tersebut adalah tertumpu kepada kemungkinan berlakunya perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

Ia berikutan dakwaan beberapa pihak yang menyatakan terdapat pegawai 1MDB yang membuat lencongan dana dengan memberikan maklumat palsu kepada bank-bank.

Pada Rabu DOJ mengumumkan langkah untuk menyita aset berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB – yang bakal menjadi rampasan terbesar dalam sejarah AS.

Selain mendakwa wang 1MDB telah “dicuri”, beberapa individu dikaitkan termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib, dan Jho Low serta “Malaysian Official 1”.- BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA