Sarawak Raih Emas Di Lapangan Memanah


SAMARAHAN : Pasukan memanah wanita Sarawak berjaya meraih pingat emas pada aksi perlawanan akhir menentang Sabah pada acara memanah berpasukan Sukan Malaysia (SUKMA) ke 18 Sarawak di sini hari ini.

Sarawak berjaya memperolehi 218 mata menewaskan Sabah yang mendapat 212 mata pada panahan terakhir dan pingat perak menjadi milik Sabah.

Pingat gangsa milik Wilayah Persekutuan yang berjaya menewaskan Pahang pada pertandingan akhir merebut pingat gangsa.

Manakala pasukan memanah lelaki Sabah merangkul emas pada perlawanan akhir menentang Pahang yang hanya pulang dengan pingat perak.

Selangor merangkul pingat gangsa apabila berjaya menewaskan Sarawak pada penentuan pingat gangsa.

Acara tersebut menutup tirai pada hari ini dan penyampaian pingat disempurnakan Penolong Ketua Kontinjen Sarawak Snowdan Lawan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA