Sarawak Mendominasi Pingat Emas Acara Pencak Silat Setakat Ini


KUCHING: Pesilat Sarawak terus menguasai acara pencak silat Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 selepas merangkul lima daripada lapan pingat emas di Stadium Tertutup Kota Samarahan satakat ini.

Sarawak berjaya meraih pingat emas menerusi Mohd Firdaus Rahmat dan Putri Reena Syazwiena Mohamad Sabri dalam acara Tunggal Putra dan Tunggal Putri.

Aksi yang dipamerkan membolehkan Mohd Firdaus memperoleh 435 mata mengalahkan Luqman Laji (Sabah) dan Muhammad Khairul Shaddad Ardi (Johor) masing-masing dengan 428 dan 427 mata.

Sementara Putri Reena Syazwiena pula memperolehi 449 mata menewaskan Norshahirah Ratius (Selangor) dengan 440 mata dan Wan Nur Shela Muntaha (Pahang) dengan 431 mata.

Pingat emas seterusnya diperoleh menerusi gandingan Nur Amali Jamali dan Putri Reena Syazwiena dalam acara Ganda Putri serta Muhamad Shahrul Ikmal Jefree dalam acara Solo Kreatif Putra.

Turut membawa sinar kepada Kem Pencak Silat Sarawak dengan meraih pingat emas dengan acara gerakan jurus wajib pesilat yang dipamerkan Christy Sherry Anthony Paing, Farrah Hannim Ismail dan Rita Langat membolehkan mereka mendapat 438 mata. – Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA