• Sarawak Melepasi Sasaran Emas Acara Memanah

    Published: Sunday, 24 July 2016
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN : Acara memanah di lapangan memanah SUKMA ke 18 di UNIMAS Kota Samarahan bermula pada hari ini.

    Pasukan memanah Sarawak telah melepasi sasaran 1 emas hari ini dan berjaya memperolehi 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa di lapangan memanah UNIMAS.

    Pemanah wanita Sarawak Kho Yee Ting telah memungut emas dalam acara compound 70.

    Dalam acara compound 60 meter wanita pula Kho Yee Ting memperolehi pingat perak.

    Acara compound 70 meter memanah lelaki pemanah Sarawak Ngu Ngau Teck telah memperolehi gangsa. -Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Melepasi Sasaran Emas Acara Memanah "