Sarawak Gah Di Singgahsana Carta Pungutan Pingat


KUCHING: Sarawak mendahului carta pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII 2016 dengan mengumpul 25 pingat emas setakat ini.

Selain itu, kontinjen Sarawak turut meraih 13 pingat perak dan 21 pingat gangsa dengan keseluruhan 59 pingat.

Selangor berada di tempat kedua dengan 17 pingat emas, 32 pingat perak dan 26 pingat gangsa.

Tempat ketiga disandang kontinjen Wilayah Persekutuan juga dengan 17 pingat emas, 20 pingat perak dan 14 pingat gangsa. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA