Rekod Watson Lebur Di Negeri Sendiri


KUCHING: Selepas 18 tahun, pelari pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan berjaya memadamkan rekod kebangsaan yang dipegang Watson Nyambek dengan catatan masa 10.19 saat dalam acara 100 meter di Stadium Sarawak sebentar tadi.

Pada 1998, Watson mencatatkan 10.30 saat di Stadium Bukit Jalil.

Khairul yang berusia 18 tahun turut memecahkan rekod SUKMA yang dipegang Watson sejak tahun 1996 iaitu 10.33 saat.

Pingat perak dikongsi pelari pecut Sarawak dan Melaka, Jonathan Nyepa serta Badrul Hisyam Abdul Manap yang mencatatkan 10.36s.

Sementara itu, acara 100 meter wanita menyaksikan atlet Perak, Noor Eewan Syafiqah merangkul emas dengan catatan masa 12.01 saat.

Pingat Perak diraih Azreen Nabila Alias dari Terengganu dengan masa 12.04 dan Kang Woan Yi (Perak - 12.13). -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA