Rakyat Di Seru Menyokong Penuh Ketua Menteri Sarawak - Abg Jo



BINTULU : Kestabilan politik dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama merupakan dua elemen penting bagi pasukan Adenan meneruskan agenda pembangunan Sarawak. Malah elimen-elimen itu juga merupakan kunci utama dan meneruskan misi penurunan kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang sedang belangsung ketika ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dipetik sebagai berkata, kestabilan politik dan perpaduan masyarakat negeri ini jelas dilihat melalui mandat yang diperolehi BN dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lalu.

"Saya berharap semua pihak berdiri teguh di belakang Ketua Menteri bagi memastikan segala tuntutan negeri dari kerajaan persekutuan berjaya.

"Pendirian kerajaan negeri adalah untuk terus kekal dalam Malaysia dan tidak ada sebarang hasrat untuk keluar dari negara yang dibentuk dari tahun 1963," katanya dipetik Berita RTM.

Beliau yang berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kawasan Dewan Undangan Negeri Jepak Bintulu semalam turut berkata pembangunan bandar Bintulu akan diteruskan selaras dengan kedudukan sebagai nadi pembangunan industri negeri ini melalui SCORE.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA