Protes Dua Jam Bantah Potongan Rambut


Seorang wanita Louise Carnell, 48, yang tidak suka dengan gaya potongan rambut oleh pendandan di sebuah salon di Exeter, Britain, sanggup mengadakan protes di luar salon berkenaan selama dua jam.

Dia berdiri di situ sambil memegang dua helai kertas bersaiz A4 yang menulis bantahan tersebut.

Meskipun pendandan terbabit mahu memulangkan semua wang yang dibayar oleh Carnell namun dia tidak bersetuju dan marah.

Keadaan ini memaksa mereka menghubungi polis.

“Ia adalah potongan yang tidak sama rata. Saya tidak faham kenapa mereka berbuat demikian pada rambut saya.

“Rambut adalah segala-galanya bagi wanita dan kini ia kelihatan bodoh. Saya juga terpaksa memperbaikinya di tempat lain.

“Saya amat sedih dengan keadaan ini,’’ kata Carnell.

Dalam pada itu, pemilik salon terbabit mempertahankan gaya potongan itu.

“Dia bersetuju bahawa ia merupakan potongan yang menarik ketika keluar dari salon ini,’’ katanya.

Polis yang tiba di situ bagaimanapun tidak dapat melakukan apa-apa kerana sepanduk berkenaan tidak menamakan salon terbabit dan lagipun Carnell hanya berdiri di luar kedai.-mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA