'Pipus' Makanan Melanau Semakin Popular

kredit pic buletin delegasi melanau


Perjalanan ke kawasan kaum Melanau pada hari ini tidak begitu sukar kerana jalan raya telah menghubung kawasan ini ke seluruh Sarawak. Walaupun masih ada kawasan Melanau yang dihubungi oleh pengankutan feri, namun perjalanan mudah dan tidak sesukar sedekad lalu.

Jika ingin melawati kawasan Melanau dari Sibu terus ke Daro, Matu, Mukah dan balik ke Sibu kembali jangan lupa singgah di Kampung Badong Daro yang terkenal dengan makanan Melanau dikenali pipus. Kedatangan anda akan disambut oleh pengusaha pipus, Nisa Saderi yang terkenal dengan nama gerai Kak Manis yang sudah lama menceburi perniagaan pipus.

kredit pic buletin delegasi melanau

Lima tahun lepas, penulis pernah menjadi pelanggan Nisa Saderi ketika itu hanya menjual pipus ikan buntal. Memang berbaloi membeli pipus tersebut kerana rasanya yang sedap. Pada masa kini pipus Nisa Saderi telah terdapat berbagai jenis pipus yang dijual. Antaranya ialah pipus ikan gonjeng, pirang, sardin, sotong, udang, pari, yu, payak, buntal dan dodol labu.

Pipus yang terdapat di Gerai Kak Manis boleh didapati dari harga RM2 hingga RM4. Pipus sebenarnya adalah makanan yang diproses secara berperingkat-peringkat. Penyediaan pipus memang rumit. Untuk merasai kenikmatan pipus, singgahlah di gerai Kak Manis di Kampung Bandong Daro.

kredit pic buletin delegasi melanau

Melawat ke kawasan Melanau seperti Daro tidak akan lengkap jika tidak merasai makanan seperti pipus. Ia mungkin akan menjadi pengalaman indah bagi yang pertama datang ke Daro sebelum meneruskan lawatan ke kawasan Melanau yang lain.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA