Pertembungan Dua Lori Lima Tan, Mangsa Cedera Beberapa Bahagian Badan


LUNDU: Seorang pemandu lori hanya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah lori lima tan petang tadi.

Bagaimanapun pemandu tersebut terpaksa menahan kesakitan akibat tersepit sebelum diselamatkan anggota bomba.

Pihak bomba menggunakan peralatan telescopic ram and hydraulic power unit untuk mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Lundu untuk menerima rawatan selanjutnya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA