Persatuan Bomba Sukarela Bako Lot Dimantapkan Untuk Bantu Masyarakat


KUCHING: Terkenal dengan antara lokasi tumpuan perindustrian di Sarawak, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut turut terkenal dengan pasukan menyelamatnya yang dipelopori Persatuan Bomba Sukarela Bako Lot.

Sebagai langkah untuk memantapkan peranan persatuan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyumbangkan geran berjumlah RM10,000 kepada persatuan selain dana RM5,000 untuk membaik pulih jentera bomba.

Menurutnya, selepas ini kursus bomba komuniti akan diberikan oleh persatuan dengan kerjasama pihak beliau.

"Kita sedia maklum peranan persatuan bomba sukarela amat penting untuk membantu dalam operasi menyelamat atau memadam kebakaran.

"Saya mahu selepas ini kursus bomba komuniti akan diadakan," katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bomba Sukarelawan Kampung Bako Lot.

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad.

Majlis yang julung kali diadakan itu dihadiri sekitar 200 tetamu. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA