Perintah Berkurung Dilanjutkan Sehingga 7 Ogos Depan



KOTA KINABALU : Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di zon keselamatan timur Sabah yang berakhir hari ini akan dilanjutkan sehingga & Ogos depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata perintah berkurung yang berkuatkuasa dari pukul 7 malam hingga pukul 5 pagi membabitkan kawasan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Langkah meneruskan perintah berkurung bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh anasir luar yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau peranginan di kawasan terbabit," katanya.

"Ini kerana berdasarkan maklumat kumpulan dari selatan Filipina yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapat wang tebusan masih cuba menceroboh perairan esszone untuk melakukan jenayah rentas sempadan lain," ujarnya.

Rashid berkata perintah berkurung itu memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat di kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan selain menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Beliau berkata pada sidang media di Kota Kinabalu Sabah Tengahari tadi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA