Perasmian SUKMA XVIII Sarawak Penuh Gilang Gemilang


KUCHING: Edisi ke 18 Sukan Malaysia Sarawak yang bermula pada 22 hingga 31 Julai ini menyingkap tirai kejohanan sukan dwi tahunan itu di Stadium Negeri Sarawak disini sebentar tadi.

Acara penuh gilang gemilang dengan bertemakan "Perpaduan Dalam Kepelbagaian" disertai oleh seramai 3500 pelajar dari gabungan pelajar-pelajar beberapa buah sekolah di sekitar bandaraya Kuching.

Sarawak yang menjadi tuan rumah selepas 26 tahun dimana kali terakhir Sarawak muncul sebagai tuan rumah pada tahun 1990.

Pada kejohanan kali ini sejumlah 6,000 atlet dan 1,000 pegawai dari 15 kontinjen dari semua negeri termasuk kontinjen jemputan, Negara Brunei Darussalam hadir untuk menyertai temasya kali ini yang mempertandingkan sebanyak 24 acara sukan.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud disaksikan hampir 60,000 penonton dengan acara simbolik perasmian baton yang diletakkan diatas plak oleh Tania Bugo dan Watson Nyambek bersama 16 atlet yang pernah mewakili Negeri Sarawak di "centre stage" sebelum nyalaan obor perasmian serta percikan bunga api yang meriah.

Turut hadir Toh Puan Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem serta isteri, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin serta Menteri Belia dan Sukan dan Soladiriti Sarawak Dato Sri Micheal Manyin Jawong.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA