Pepatah Lama Yang Releven Pada Masa Kini



Masyarakat dahulu memang kaya dengan pepatah lama untuk mendisiplinkan kehidupan mereka pada masa tersebut. Mungkin ramai golongan masa kini tidak mengendahkan pepatah dan petua lama kerana ia sudah tidak sesuai untuk kehidupan era moden seperti hari ini.

Hakikatnya tiada pepatah dan petua lama berkemungkinan kehidupan hari ini berkeadaan kacau bilau kerana tiada disiplin diri dalam jiwa masyarakat. Oleh itu petua atau pepatah dan petua lama tidak boleh dipandang enteng kerana terdapat 1001 manfaat berguna untuk diambil ikhtibar.

Antara pepatah dan petua lama yang begitu berkesan dalam kehidupan hari ini. Sebagai contoh 'Anak gadis dilarang menyanyi ketika memasak' dan alasan masyarakat dahulu apabila anak gadis menyanyi ketika memasak, akan mendapat suami yang terlalu tua. Bila dihurai sesuai pada masyarakat hari ini ia akan mendisiplinkan sesiapa sahaja yang sedang memasak supaya tidak menyanyi agar air liur tidak terpecik kedalam makanan yang dimasak. Dari segi kebersihan memang patut diguna pakai petua tersebut.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing mempunyai maksud yang cukup bermakna untuk mendidik sikap masyarakat. Mendidik masyarakat supaya hidup berkerjasama antara satu sama lain dan membentuk budaya tolong menolong antara masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Pepatah sebegini sebenarnya amat berguna untuk membentuk sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu lain dan berkerjasama dalam komuniti.

Oleh itu perkara berkenaan pepatah atau petua lama bukan setakat kata-kata tetapi ia mempunyai makna yang begitu bermanfaat kepada kehidupan masyarakat. Hayatilah maksud sebenar dan ambil pelajaran yang berguna dari pepatah dan petua lama masyarakat yang terdahulu yang masih releven digunapakai hari ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA