Pencerobohan Lahad Datu: 9 warga Filipina dipenjara seumur hidup


KOTA KINABALU: Sembilan tertuduh warga Filipina yang dituduh mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dalam kes pencerobohan Lahad Datu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Di mahkamah sama, tujuh lagi warga Filipina dihukum penjara 13 tahun mengikut Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas.

Seorang dipenjara 15 tahun dan lima lagi dipenjara 18 tahun manakala seorang rakyat tempatan dihukum penjara 15 tahun mengikut seksyen sama.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA