Pemain Biola Terkenal Dunia Disaman Bekas Kekasih



Pemain biola terkenal dunia, David Garrett, telah disaman oleh bekas kekasihnya yang juga pelakon filem lucah sebanyak $12 juta dolar selepas mendakwa dia dipaksa minum air kencing lelaki itu.

Wanita berkenaan, Ashley Youdan, 28, menjadi kekasih Garret selepas pemain biola itu mengupahnya bagi mendapatkan perkhidmatan seks pada Ogos 2014.

Sepanjang perhubungan itu, kata Youdan, dia menderita akibat penderaan mental dan fizikal.

Dia juga mendakwa Garret pernah melakukan seks dengan pondan, mengambil dadah dan mematahkan tulang rusuknya.

Dalam tuntutan saman itu, Youdan berkata Garrett mengajaknya berkahwin hanya beberapa hari selepas membayarnya untuk khidmat seks.

Garret juga membenarkan Youdan menetap di kediamannya di Manhattan serta membayarnya $10,000 sebulan. Pemain biola itu dilaporkan berbuat demikian kerana mahu Youdan berhenti daripada industi filem lucah dan menjadi ejen hartanah.

Sementara Garret dalam saman balas pula menuduh Youdan sebagai cuba mengugutnya dan wanita itu juga terus berbogel dengan muncul dalam filem lucah serta erotik.

Youdan juga dikatakan mengikis wangnya. Garrett, yang dilahirkan di Jerman telah menerbitkan 18 album dan turut berlakon dalam filem The Devil’s Violinist pada 2013. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA