PBB Tetap Amalkan Perkongsian Kuasa Jika Miliki 49 Kerusi


KUCHING: Masih ada sinar buat sembilan calon langsung Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ketua Menteri yang juga Presiden BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberi bayangan mengenai perkara itu ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PBB Zon Kuching.

Presiden PBB itu berkata, tidak bermakna parti itu tidak mengamalkan perkongsian kuasa dengan parti komponen lain sekiranya memiliki 49 kerusi.

"Namun saya perlu membuat perbincangan dengan semua rakan (ahli PBB lain) dan mendapatkan sokongan daripada semua, secara peribadi saya saya menerima kesemua mereka (sembilan calon langsung BN)," katanya.

Pada masa ini tegas Adenan, kesemua mereka diarahkan turun ke kawasan masing-masing bagi mendapatkan maklum balas masyarakat di kawasan masing-masing.

"Saya amat memerlukan sokongan anda sama ada mereka dapat menyertai parti atau tidak," ujarnya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA