Najib Tak Di Dakwa, Nak Bayar Hillary Clinton Buat Apa?

MEDIA dedakan Mahathir, Sarawak Report buat cerita bohong lagi konon Datuk Sri Najib Tun Razak membayar USD 500 juta kepada calon Presiden Demokrat, Hillary Clinton untuk memastikan beliau tidak dilibatkan dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika (DoJ) terhadap 4 individu kerana kononnya menggelapkan wang 1MDB jika Hillary menang nanti.

Dengan pentadbiran Obama akan tamat hujung tahun ini dan kes ini yang dijangka memakan masa bertahun-tahun untuk selesai, memberikan idea kepada Claire Brown untuk mencipta sensasi terbaru ini.

Ini memang kes lawak antarabangsalah. Buat apa Najib nak bayar hampir RM 2 billion kepada Hillary bila beliau tak terkait pun dalam saman tersebut, namanya pun tak wujud!! Itu pertama, kedua nak bayar Hillary buat apa bila belum tentu dia menang pun, kok Trumph yang menang, macam mana? Ketiga, mana buktinya?

Najib bukan lembu macam Mahathir, kena ingat tu selalu.

Dalam sejarah negara ini hanya ada seorang manusia saja yang membayar berjuta-juta dollar wang rakyat untuk berurusan dengan Presiden Amerika dan orang itu adalah Mahathir. Najib? Presiden Amerika datang sini jumpa beliau, bukan sekali tapi 2 kali, kena faham bezanya tu

Pun begitu penulis tak hairan kalau ada yang percaya. Ini kita bercakap tentang politik ketaksuban yang dulu selalu dikaitkan dalam PAS, kini dah menjalar kepada pihak sama yang dulu menentang PAS, tunggu selipar yang dipakai dicuri saja lagi. Taksub ni cakap macam mana pun lah cakap, dia percaya apa yang dia nak percaya saja.

Kalau dah taksub ni, membayar wang untuk datang majlis sambutan Aidilfitri (tak pernah dibuat orang) pun sanggup, itu yang kita kena faham.

Rakyat sebaliknya kena faham fakta dan berhujah ikut fakta juga. RM 2 billion bukan sikit untuk Najib membayar bagi hasil yang belum pasti. Dan paling penting sekali ni dalam saman sivil yang difailkan DoJ itu, selain sumbernya datang dari kuncu-kuncu Mahathir, tujuannya ialah untuk merampas harta dari 4 individu yang dinamakan – Najib bukan salah seorang darinya.

Selain itu penulis juga percaya, lawak ini adalah jalan keluar jika nanti terbukti Najib tidak terbabit seperti yang dipercayai pentaksub Mahathir dan pembangkang hari ini. Puak-puak ini otaknya terbelit, sentiasa ada jalan dan sentiasa ada cara untuk melepaskan diri. - MYKMU

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA